Wednesday, December 31, 2008

Salam Tahun Baru - 1430H/2009M

Alhamdulillah... sempena menyambut kedatangan tahun baru, ramai juga kawan-kawan mengirimkan ucapan melalui SMS dan diantaranya adalah :-

Fadhilah : Salam Maal Hijrah = penghijrahan sikap, peningkatan iman & menuju kesempurnaan beragama.

Azman Jan : Jadikan yg TEBAL itu IMAN, yg NIPIS itu LIDAH, yg TAJAM itu AKAL, yg LEMBUT itu HATI, yg RINGAN itu SOLAT, yg LUAS itu ILMU dan yg MANIS itu SENYUMAN. Salam Maal Hijrah.. Moga kita diberkatiNYA dan dirahmatiNYA.

Siti Aishah : Ya ALLAH, dgn muncul tahun baru ini engkau muliakan & sayangi penerima ucapan ini, berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkan dr fitnah, penganiayaan & penghinaan, suburkan enih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan. Makbulkan cita-citanya yg murni. Amin... Slmt Menyambut Maal Hijrah.

Linda : Slmt Tahun Baru Hijrah. Semoga dapat menempuh azam yg baru.

Harlina : Bila engkau memandang segalanya dr Tuhanmu yg menciptakan segalanya, yg menimpakan ujian, yg menjadikan sakit hatimu, yg membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damai hatimu. Masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya utk suatu yg sia-sia. Slmt Tahun Hijrah.

Yati : Ibni Mas'ud berkata "Perkara yg paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah". Semoga tahun ini akan menjadi lebih baik dr tahun lepas. Salam Maal Hijrah.

Rita : Salam Maal Hijrah 1430H...

Apapun, terima kasih atas doa semua dan mengambil kesempatan, Kman juga mengucapkan Salam Tahun Baru 1430H/2009M. Wishing u happy memories of the last year. Have a wonderful & great year ahead.

Friday, December 5, 2008

Tugasan Baru = Cabaran Baru...

Fuhhh!!! Lamanya xder n3. Rita siap sound lg sbb asik la ucap takziah kat dia. Nak kata bz... x jugak tp malas jer yg lebih.

Ermm.. Semalam 4 Dec 08, berakhirlah tugas utama Kman di RoHS section selepas mengelolakannya sejak Dec 04. Rasanya.. tugas tu telah berjaya berakhir dengan reputasi yg "baik" Kman kira, memandangkan tiada satu pun kerja-kerja yang tertunggak. Dari segi control system pula... semuanya dah stabil. So, "org baru" tinggal nak maintain jer la nnt... Untungnya!!!

Semalam juga, mungkin yg terakhir utk Kman kendalikan RoHS audit dr PCC, Japan. Alhamdulillah, audit telah berjalan dgn baik kerana segalanya dipermudahkan ALLAH. Zero finding... tp adat la utk auditor memberi 1-2 suggestion bg tujuan penambahbaikan.

So tugasan baru Kman selepas ini akan tertumpu kepada kerja-kerja analysis & improvement utk komponen-komponen electric/electronic yg bermasalah dlm FaxMc. Satu cabaran baru memandangkan Kman agak ketinggalan di dlm bab-bab ini tp insyallah usaha yg baik, pastinya akan memberi hasil yg baik juga mudah mudahan.

Wednesday, August 13, 2008

Takziah utk Laily

Innalillahiwa Innailaihirajiun...

Salam takziah utk Rita atas kembalinya kerahmatullah suami yg tercinta Mohd Khaleel Bin Isa setelah dipinjamkan ALLAH kepadanya selama 12 tahun. Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui apa yg terbaik utk hambanya. Moga roh allahyarham ditempatkan di kalangan org-org yg beriman. Insy'allah !!!

Utk Rita... pastinya allahyarham seorang suami yg baik, bapa yg baik, anak/menantu yg baik dan semestinya seorang Islam yg baik. Yakinilah, org yg baik akan dirahmati ALLAH. Amin !!!

Sbg peringatan bersama, kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak 5x ...

1. Aku rumah yang terpencil,
maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,
maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,
bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,
maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Tuesday, August 12, 2008

Are U Smarter Than A 5th Grader ?

Are you smarter than a 5th grader? antara rancangan TV kegemaran aku yg bersiaran di channel 711 pd tiap hari Jumaat jam 10pm.

Rancangan berbentuk kuiz terbitan Mark Burnett ini dihoskan oleh Jeff Foxworthy, akan menguji pesertanya dgn soalan-soalan dr gred 1 hingga gred 5 yg mana merangkumi subjek-subjek seperti :-

1) Spelling
2) Grammar
3) Vocubulary
4) Civics
5) Earth Science
6) Animal Science
7) US GeographyLaura
8) US History
9) Math
10) Measurement
11) Astronomy
12) Social Studies
13) Health etc.

Namun begitu, peserta tidak dibiarkan berseorangan tetapi akan dibantu oleh 5 pelajar dr gred 5 seperti Spencer, Alana, Jacob, Kyle dan Laura yg kadangkala digantikan dgn Marky. Malah, peserta juga diberikan 3 talian nyawa iaitu Peek, Copy and Save.

Manakala tingkat-tingkat yg perlu dilalui peserta adalah dr 1k, 2k, 5k, 10k, 25k, 50k, 100k, 175k, 300k, 500k dan seterusnya 1000k tetapi soalan utk 1000k tidak akan dibuka melainkan peserta bersetuju utk mengambil risiko menjawabnya yg mana sekiranya gagal akan menyebabkan peserta hanya akan membawa pulang 25k sahaja.

Tp mengapa program yg boleh dikategorikan baik sebegini tidak diperkenalkan di sini ek? Paling tidak ianya dpt menggalakkan anak-anak menonton sambil belajar/recall ttg subjek yg berkaitan. Tak lama lg mungkin ???

Tuesday, August 5, 2008

Ayat-Ayat Cinta

Teruja dgn ulasan Huda ttg novel "Ayat-Ayat Cinta" karya Habiburrahman El Shirazy, Kman berpeluang mendapatkannya ketika berkunjung ke Kinokuniya KLCC. Tp bukan tajuk itu sahaja sbb Kman juga membeli novel "Di Atas Sejadah Cinta" karya penulis yg sama.

Meyulusuri kisah yg diterajui Fahri Abdullah Shiddiq ini, secara tidak langsung membawa Kman ke dalam situasinya, antaranya... mengajar utk melalui perhubungan yang sopan bersama pasangan, mendidik bagaimana menghormati perasaan sesama insan serta tetap teguh berpegang pada kebenaran.

Ungkapan yg digunakan juga cukup indah, disertai terjemahan ayat-ayat suci Al-Quran serta hadis-hadis sahih yang memang langsung berkaitan dgn cerita yg disampaikan disamping mampu mengolahkan latar negara Timur Tengah dgn begitu hidup hingga boleh digambarkan dlm pemikiran.

Ops !!! Kalau sebelum ini kita mengucapkan "Semoga Berbahagia Ke Anak Cucu" kepada pasangan pengantin baru, tetapi drpd pembacaan novel ini juga... Kman memperolehi doa sepertimana yg diajarkan oleh Rasulullah saw... "Semoga berkah ALLAH tetap untukmu, dan semoga berkah ALLAH tetap ke atasmu dan semoga ALLAH mengumpulkan kalian berdua dlm kebaikan". (Hadith diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi, Abu Daud dan Ahmad)

Alhamdulillah!! Satu perkara yang pasti.. Orang yang baik selalu disertai ALLAH.



Wednesday, July 30, 2008

Audit


Alhamdulillah!!! Tugas sampingan sbg auditor memberi Kman peluang untuk pergi ke tempat orang. Kata org... sambil menyelam, minum air dan selalunya Kman akan mengambil peluang pada hari terakhir untuk pergi meronda kawasan berdekatan.



Masalah yang kerap dihadapi ketika audit apabila auditee kurang bersedia dan tidak memahami "requirement" dengan jelas walaupun "checklist" telah diberikan lebih awal untuk mereka melakukan "self audit", tapi tidak semua... sebab "multi-national company" selalunya memang agak "well prepared" menjadikan proses audit berjalan lancar.

Kebiasaannya untuk audit di negara luar, Kman akan memberitahu seminggu lebih awal berkenaan keperluan Kman untuk mereka membuat persediaan terutama tentang makan & tempat solat dan pastinya keperluan itu akan dipenuhi. Tetapi, kerap kali juga berlaku salah faham terutama bab makan yg mana aku memang cukup cerewet tentang isi kandungnya... erkkkk !!!




Dalam tempoh audit, pastinya tata-tertib perilaku seorang auditor perlu dijaga antaranya tidak dibenarkan untuk menerima sebarang bentuk "hadiah". Malah kalau diikutkan, Kman juga tidak boleh keluar bersama auditee setelah kerja audit tamat tetapi sudah menjadi lumrah untuk mereka merai kita dengan jamuan makan malam sebagai tanda terima kasih kot.

Yang paling dielakkan, kekadang "entertainment" yang diberikan agak melampau. Pernah beberapa kali Kman dihadapkan dengan barisan "pelayan wanita" yang bukan calang rupa untuk dipilih sebagai "teman sosial"... bayangkan orang bujang diuja dgn keseronokan sebegitu.... arghhh !!! tapi Alhamdulillah kerana seringkali saja Kman diselamatkan ALLAH. Mungkin naluri seorang ibu yang akan menelefon Kman disaat genting tersebut yang memungkinkan Kman untuk terus hanyut... selalunya mak akan menutup perbualan dgn pesan "... jangan lupa solat dan kawal diri baik baik. Kesian kat mak, buat ibadat siang & malam nak masuk syurga... tapi kalau anak mak buat benda tak elok... Allah tarikkkk balik..." Fuhhh!!! Tak sampai hati tuu.

Insya'allah.. moga ALLAH sentiasa memelihara Kman dan semestinya Kman juga akan sentiasa mendoakan balasan syurga utk kedua ibubapa Kman... amin !!


Wednesday, July 23, 2008

Kman Di Uji...




Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku pada Kman ketika menunaikan ibadah Umrah/Ziarah yang tidak pernah Kman kongsikan dengan sesiapa selain kedua ibu bapa Kman sendiri.

Diringkaskan sewaktu di sana, Kman telah berniat untuk bersedekah wang sebanyak 300 riyal kepada yang memerlukan. Kebiasaannya, Kman akan bersedekah setiap kali pulang solat dari Masjid.

Begitu juga ketika melakukan ziarah ke tempat-tempat bersejarah terutama di sepanjang tangga menuju ke Jabal Rahmah di mana terdapat ramai peminta sedekah yang kudung kedua belah tangan serta kaki juga. Tidak pasti samada ianya sejak lahir ataupun kesan dr hukuman yang diterima.




Dipendekkan cerita, tinggal 3 hari lagi sebelum Kman pulang ke Malaysia... wang sedekahku masih berbaki 129 riyal. Kman mula risau dan mula berkira-kira untuk membeli kitab Al-Quran menggunakan wang sedekah tersebut untuk diletakkan di Masjidil Haram.

Sementara menunggu waktu Zohor, Kman ke telaga Zam-zam tetapi ketika hampir tiba di tangga menuju telaga Zam-zam... Kman telah ditegur oleh seorang pemuda.. kacak, tinggi dan berwajah bersih yang menurut katanya berasal dari Turkmenistan???


Beliau meminta pertolongan Kman untuk meminjamkannya duit bagi menghantar ibunya mendapatkan rawatan di hospital. (sambil menunjukkan seorang p'puan tua yang duduk tersandar ditembok tangga). Dengan rasa ikhlas hati, Kman menghulurkan kepada pemuda tersebut sebanya 50 riyal.


Tetapi beliau masih lagi meminta sambil berjanji (dgn menunjukkan pintu kaabah yang berkedudukan selari sementelah di bulan Ramadhan) untuk memulangkan wang yang dipinjam itu dlm tempoh 40 hari. OK la, Kman menghulurkan lagi 50 riyal kepada beliau tanpa mengharapkan ianya dikembalikan pun.


Sekali lagi, beliau mengatakan wang yang Kman berikan itu masih tidak cukup! dan meminta untuk Kman menambahkannya lagi. Argh! Ini sudah lebih!!! Dengan rasa marah Kman bertanya, berapa lagi yang dimahukan. Percaya atau tidak... pemuda tersebut meminta Kman utk menambah lagi 29 riyal!!! Memang cukup-cukup baki wang yang Kman telah niatkan utk bersedekah.


Subhanallah... Kman tidak sedar keadaan itu!!! Kman memberitahu pemuda tersebut yang Kman ingin bersedekah baki duit tersebut kepada orang lain juga tetapi beliau tetap berkeras inginkan 29 riyal tersebut. Dengan rasa marah, Kman berikan juga baki 29 riyal tersebut kepada beliau dan pastinya pemberian tersebut dilakukan tanpa rasa ikhlas di hati :( org tgh marah katakan....

Sekembalinya Kman dr telaga Zam-zam... Kman melihat p'puan tua masih ada tersandar di tembok tangga tanpa langsung nampak kelibat pemuda tersebut. Hati Kman menjadi semakin marah.


Selesai solat Zohor, Kman terfikirkan sesuatu... mungkinkah pemuda tadi adalah "sesuatu" yang didatangkan ALLAH untuk menguji keikhlasan Kman??? kerana mana mungkin beliau mengetahui jumlah tepat... 129 riyal baki wang derma yang Kman risaukan sejak semalamnya???


Astarghfirullah... Kman tewas pada ujian yang sekecil itu... Kman bertaubat YA ALLAH !!! Kalaulah masa dapat diputarkan kembali....


Saturday, July 12, 2008

Mencari Cinta...

Dusyummm!!! Kau... terkena aku satu das bila membaca emel yg dihantar geng aku yg mmg cukup prihatin dgn kehidupan aku... korang bacalah :-

Suatu pagi yg dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar : Guru, apakah erti CINTA dan bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?

Guru : Ada sebuah ladang gandum yg luas di dpn sana. Berjalanlah dan jgn sesekali kamu berundur. Kemudian, ambillah satu tangkai sekiranya kamu mendapati tangkai gandum tersebut sgt menakjubkan... ertinya kamu telah menemui CINTA.

Lalu, pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama kemudian, dia kembali dgn tangan kosong.

Guru bertanya : Mangapa kamu tidak membawa sebatang tangkai pun?

Pelajar menjawab : Saya hanya dibenar memilih satu tangkai gandum sahaja dan sewaktu berjalan, saya tidak dibenarkan mengundur semula. Sebenarnya, saya telah menemui satu tangkai gandum yg amat menakjubkan tapi saya mengharapkan tangkai gandum yg lebih menakjubkan di depan sana. Maka, saya hanya biarkan tangkai gandum tersebut dan terus berjalan ke depan. Namun, saya tidak menjumpai tangkai gandum yg lebih menakjubkan drpd tangkai gandum yg saya tinggalkan tadi. Akhirnya, saya tidak mengambil sebatang tangkai gandum pun.

Guru menjawab : Ya.. itulah CINTA.

Di hari lainnya pula, pelajar tersebut bertanya kepada gurunya... apa itu PERKAHWINAN.

Guru : Ada kebun yg subur didepan sana dan berjalanlah kamu tanpa sesekali mengundur ke belakang. Tebanglah sepohon pokok saja jika kamu merasakan pokok tersebut adalah yg paling cantik, segar dan tinggi... ertinya kamu telah menemukan apa itu PERKAHWINAN.

Lalu pelajar tersebut pun berjalan. Namun tidak berapa lama kemudian, dia datang semula dgn sepohon pokok... walaupun pokok tersebut tidaklah kelihatan sgt cantik, segar atau tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka guru pun bertanya : Mengapa kamu menebang pokok yang sebegini?

Pelajar itu menjawab : Kerana... berdasarkan pengalaman sebelum ini, saya cuma berjalan separuh saja drpd kebun tersebut dan saya takut akan pulang dgn tangan kosong lg. Jadi, saya mengambil keputusan menebang pokok ini dan bawa ke sini. Pd pandangan saya, ianya adalah pokok yg terbaik buat saya dan tidak mahu kehilangannya lg atau menyesal kerana tidak memilihnya.

Maka guru itu menjawab : Itulah PERKAHWINAN!

Kesimpulannya, jgn terlalu memilih. Tiada yg sempurna di dunia ini...

Ahaks! Redha jer la...

Friday, July 11, 2008

Berkongsi Rezeki


Alhamdulillah... Bonus tahun yg sudah, aku berpeluang merai anak-anak buah aku kat tempat kerja di bhg RoHS & CIS... menjamu selera di Damai Seafood Village, Kg Danga Perling. Disamping berkongsi rezeki, dpt gak mengeratkan ukhuwah bersama suami, isteri serta anak-anak yg turut serta.

Kekadang tu rasa janggal pun ada sbb aku "seorang". Ahaks... tp jd seronok plak bila melayan kerenah anak-anak diorang. Xper.. bg chance mak/abah diorang makan puas-puas sbb bkn selalu dpt "pow" Uncle Kman kan... he he

Oleh kerana ada beberapa org yg xdpt turut serta, so hanya 5 meja saja yg dibuka. Mcm biasa, menunya pasti ikut selera aku la... Siakap Stim Nyonya, Udang Western, Black Pepper Beef, Sambal Squid, Lemon Chicken, Black Mushroom dan pastinya Nasi Goreng Damai la... umphhh harapnya diorang semua happy!!!

* Pesan arwah atok kecik : Rezeki kita ada pd org & rezeki org ada pd kita... insyallah.

Thursday, July 10, 2008

Salam Untuk Semua

Salam frenz. For sure first of all, TERIMA KASIH utk Rita sbb introduced aku dgn dunia blog ni. Jakun gak sekejap tp lelama jd syok la plak.. ahaks.

BTW utk 1st entry ni, xder yg menarik utk dikongsikan tp harapnya dgn ada blog ni dpt lah aku berhubungan semula dgn geng-geng lama yg pastinya sedikit sebanyak meninggalkan kesan dlm hidup aku. Seingatnya semua geng-geng aku mmg BEST.. walaupun dgn mcm-mcm pe'el, but still respect each others.

So geng, sesapa yg masih ingat lg dgn Kamaruzaman @ Kman @ Roza @ Oja... tinggalkan la "kesan" OK. Aku tunguuuuuu!!!