Wednesday, August 4, 2010

Umrah 2010

Allahu Akbar! Setelah 10 tahun berlalu, Kman sekali lagi berpeluang melakukan umrah/ziarah ke bumi suci Madinah & Mekah pada 25 Jun ~ 07 July 10 lalu, di mana kali ini Kman pergi dengan membawa Emak (Hjh Jamilah Mohd Yusof) & Abah (Hj Ibrahim Abdullah) bersama menggunakan pakej dari agensi Muhammadiyah Travel.

Alhamdulillah! Segala urusan telah dipermudahkan ALLAH walaupun dalam keadaan Emak & Abah yang tidak berapa sihat. Syukur di atas segala kurniaanNYA
.

Subhanallah! Telah banyak perubahan/penambahbaikan berbanding ziarah Kman yang terdahulu yang pastinya bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada para tetamu ALLAH.

Insyallah! Doa Kman agar ALLAH akan terus "memanggil" Kman untuk kembali ke bumi suci ini lagi. Amin !