Wednesday, December 31, 2008
Salam Tahun Baru - 1430H/2009M
Fadhilah : Salam Maal Hijrah = penghijrahan sikap, peningkatan iman & menuju kesempurnaan beragama.
Azman Jan : Jadikan yg TEBAL itu IMAN, yg NIPIS itu LIDAH, yg TAJAM itu AKAL, yg LEMBUT itu HATI, yg RINGAN itu SOLAT, yg LUAS itu ILMU dan yg MANIS itu SENYUMAN. Salam Maal Hijrah.. Moga kita diberkatiNYA dan dirahmatiNYA.
Siti Aishah : Ya ALLAH, dgn muncul tahun baru ini engkau muliakan & sayangi penerima ucapan ini, berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkan dr fitnah, penganiayaan & penghinaan, suburkan enih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan. Makbulkan cita-citanya yg murni. Amin... Slmt Menyambut Maal Hijrah.
Linda : Slmt Tahun Baru Hijrah. Semoga dapat menempuh azam yg baru.
Harlina : Bila engkau memandang segalanya dr Tuhanmu yg menciptakan segalanya, yg menimpakan ujian, yg menjadikan sakit hatimu, yg membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damai hatimu. Masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya utk suatu yg sia-sia. Slmt Tahun Hijrah.
Yati : Ibni Mas'ud berkata "Perkara yg paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah". Semoga tahun ini akan menjadi lebih baik dr tahun lepas. Salam Maal Hijrah.
Rita : Salam Maal Hijrah 1430H...
Apapun, terima kasih atas doa semua dan mengambil kesempatan, aku juga mengucapkan Salam Tahun Baru 1430H/2009M. Wishing u happy memories of the last year. Have a wonderful & great year ahead.
Friday, December 5, 2008
Tugasan Baru = Cabaran Baru...
Ermm.. Semalam 4 Dec 08, berakhirlah tugas utama aku di RoHS section selepas mengelolakannya sejak Dec 04. Rasanya.. tugas tu telah berjaya berakhir dengan reputasi yg "baik" aku kira, memandangkan tiada satu pun kerja-kerja yang tertunggak. Dari segi control system pula... semuanya dah stabil. So, "org baru" tinggal nak maintain jer la nnt... Untungnya!!! BTW, "org baru" tu kulitnya "lebih cerah" dr kulit aku. He he he
Semalam juga, mungkin yg terakhir utk aku kendalikan RoHS audit dr PCC, Japan. Alhamdulillah, audit telah berjalan dgn baik kerana segalanya dipermudahkan ALLAH. Zero finding... tp adat la utk auditor memberi 1-2 suggestion bg tujuan penambahbaikan.
Seminggu sebelum audit itu berlangsung, aku sering "bertengkar" dgn manager baruku kerana merasakan dia memandang rendah pada aku (juga rakan sekerja yg lain) sedangkan pada hakikatnya aku telahpun melakukan persiapan yg selengkapnya merujuk kepada audit checklist yg diberikan... malah memang bersedia utk diaudit pun. Bukan "sombong"... tp sbg seorang auditor, pastinya aku juga tahu perkara-perkara asas yg perlu dilengkapi bg memenuhi requirement sepertimana yg diperlukan mengikut jenis audit.
* Meninggi suara kepada ketua adalah perkara yg tidak pernah aku lakukan sepanjang 15 tahun bertugas!!!
So tugasan baru aku selepas ini akan tertumpu kepada kerja-kerja analysis & improvement utk komponen-komponen electric/electronic yg bermasalah dlm FaxMc. Satu cabaran baru memandangkan aku agak ketinggalan di dlm bab-bab ini tp insyallah usaha yg baik, pastinya akan memberi hasil yg baik juga mudah mudahan.
Wednesday, August 13, 2008
Takziah utk Laily
Salam takziah utk Rita atas kembalinya kerahmatullah suami yg tercinta Mohd Khaleel Bin Isa setelah dipinjamkan ALLAH kepadanya selama 12 tahun. Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui apa yg terbaik utk hambanya. Moga roh allahyarham ditempatkan di kalangan org-org yg beriman. Insy'allah !!!
Utk Rita... pastinya allahyarham seorang suami yg baik, bapa yg baik, anak/menantu yg baik dan semestinya seorang Islam yg baik. Yakinilah, org yg baik akan dirahmati ALLAH. Amin !!!
Sbg peringatan bersama, kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak 5x ...
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Tuesday, August 12, 2008
Are U Smarter Than A 5th Grader ?
Rancangan berbentuk kuiz terbitan Mark Burnett ini dihoskan oleh Jeff Foxworthy, akan menguji pesertanya dgn soalan-soalan dr gred 1 hingga gred 5 yg mana merangkumi subjek-subjek seperti :-
1) Spelling
2) Grammar
3) Vocubulary
4) Civics
5) Earth Science
6) Animal Science
7) US GeographyLaura
8) US History
9) Math
10) Measurement
11) Astronomy
12) Social Studies
13) Health etc.
Namun begitu, peserta tidak dibiarkan berseorangan tetapi akan dibantu oleh 5 pelajar dr gred 5 seperti Spencer, Alana, Jacob, Kyle dan Laura yg kadangkala digantikan dgn Marky. Malah, peserta juga diberikan 3 talian nyawa iaitu Peek, Copy and Save.
Manakala tingkat-tingkat yg perlu dilalui peserta adalah dr 1k, 2k, 5k, 10k, 25k, 50k, 100k, 175k, 300k, 500k dan seterusnya 1000k tetapi soalan utk 1000k tidak akan dibuka melainkan peserta bersetuju utk mengambil risiko menjawabnya yg mana sekiranya gagal akan menyebabkan peserta hanya akan membawa pulang 25k sahaja.
Tp mengapa program yg boleh dikategorikan baik sebegini tidak diperkenalkan di sini yer? Paling tidak ianya dpt menggalakkan anak-anak menonton sambil belajar/recall ttg subjek yg berkaitan. Cuma yg ada kebanyakannya berbentuk nyanyian seperti "Jgn Lupa Lirik" yg menggunakan format yg sama. Erm... fikir-fikirkan lah...
Tuesday, August 5, 2008
Ayat-Ayat Cinta
Meyulusuri kisah yg diterajui Fahri Abdullah Shiddiq ini, secara tidak langsung membawa aku ke dalam situasinya, antaranya... mengajar utk melalui perhubungan yang sopan bersama pasangan, mendidik bagaimana menghormati perasaan sesama insan serta tetap teguh berpegang pada kebenaran.
Ungkapan yg digunakan juga cukup indah, disertai terjemahan ayat-ayat suci Al-Quran serta hadis-hadis sahih yang memang langsung berkaitan dgn cerita yg disampaikan disamping mampu mengolahkan latar negara Timur Tengah dgn begitu hidup hingga boleh digambarkan dlm pemikiran.
Ops !!! Kalau sebelum ini kita mengucapkan "Semoga Berbahagia Ke Anak Cucu" kepada pasangan pengantin baru, tetapi drpd pembacaan novel ini juga... aku memperolehi doa sepertimana yg diajarkan oleh Rasulullah saw... "Semoga berkah ALLAH tetap untukmu, dan semoga berkah ALLAH tetap ke atasmu dan semoga ALLAH mengumpulkan kalian berdua dlm kebaikan". (Hadith diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi, Abu Daud dan Ahmad)
Alhamdulillah!! Satu perkara yang pasti.. Org baik selalu disertai ALLAH.
*Nantikan komen seterusnya utk novel "Di Atas Sejadah Cinta" pula...
Wednesday, July 30, 2008
Audit
Masalah yg kerap dihadapi ketika audit apabila auditee kurang bersedia dan tidak memahami "requirement" dgn jelas walaupun "checklist" telah diberikan lebih awal utk mereka melakukan "self audit", tp tidak semua... sebab "multi-national company" selalunya mmg agak "well prepared" menjadikan proses audit berjalan lancar.
Kebiasaannya utk audit di negara luar, aku akan memberitahu seminggu lbh awal berkenaan keperluanku utk mereka membuat persediaan terutama ttg makan & tpt solat dan pastinya keperluan itu akan dipenuhi. Tetapi, kerap kali juga berlaku salah faham terutama bab makan yg mana aku mmg cukup cerewet ttg isikandungnya... erkkkk !!!
Dlm tempoh audit, pastinya tata-tertib perilaku seorang auditor perlu dijaga antaranya tidak dibenarkan utk menerima sebarang bentuk "hadiah". Malah kalau diikutkan, aku juga tidak boleh keluar bersama auditee setelah kerja audit tamat tetapi sudah menjadi lumrah utk mereka merai kita dgn jamuan mkn mlm bersama top management sbg tanda terima kasih kot.
Yg paling dielakkan, kekadang "entertainment" yg diberikan agak melampau. Pernah beberapa kali aku dihadapkan dgn barisan "pelayan wanita" yg bukan calang rupa utk kupilih sbg "teman sosial"... bayangkan org bujang diuja dgn keseronokan sebegitu.... arghhh !!! tp Alhamdulillah kerana seringkali saja aku diselamatkan ALLAH. Mungkin naluri seorang ibu yg akan menelefonku disaat genting tersebut yg memungkinkanku utk terus hanyut... selalunya mak akan menutup perbualan dgn pesan "... jgn lupa solat dan kawal diri baik baik. Kesian kat mak, buat ibadat siang & malam nak masuk syurga... tp kalau anak mak buat benda tak elok... Allah tarikkkk balik..." Fuhhh!!! Tak sampai hati tuu.
Insya'allah.. moga ALLAH sentiasa memeliharaku dan semestinya aku akan mendoakan balasan syurga utk kedua ibubapaku... amin !!!
Wednesday, July 23, 2008
Aku Di Uji...


Diringkaskan sewaktu di sana, aku telah berniat utk bersedekah wang sebanyak 300 riyal kepada yg memerlukan. Kebiasaannya, aku akan bersedekah setiap kali pulang solat dr Masjid.
Begitu juga ketika melakukan ziarah ke tempat-tempat bersejarah terutama di sepanjang tangga menuju ke Jabal Rahmah di mana terdapat ramai peminta sedekah yg kudung kedua belah tangan serta kaki juga. Tidak pasti samada ianya sejak lahir ataupun kesan dr hukuman yg diterima.
Dipendekkan cerita, tinggal 3 hari lagi sebelum aku pulang ke Malaysia... wang sedekahku masih berbaki 129 riyal. Aku mula risau dan mula berkira-kira utk membeli kitab Al-Quran menggunakan wang sedekah tersebut utk diletakkan di Masjidil Haram.
Sementara menunggu waktu Zohor, aku ke telaga Zam-zam tetapi ketika hampir tiba di tangga menuju telaga Zam-zam... aku telah ditegur oleh seorang pemuda.. kacak, tinggi dan berwajah bersih yg menurut katanya berasal dr Turkmenistan???

Beliau meminta pertolonganku untuk meminjamkannya duit bagi menghantar ibunya mendapatkan rawatan di hospital. (sambil menunjukkan seorang p'puan tua yg duduk tersandar ditembok tangga). Dgn rasa ikhlas hati, aku menghulurkan kepada pemuda tersebut sebanya 50 riyal.
Tetapi beliau masih lagi meminta sambil berjanji (dgn menunjukkan pintu kaabah yg berkedudukan selari sementelah di bulan Ramadhan) untuk memulangkan wang yg dipinjam itu dlm tempoh 40 hari. OK la, aku menghulurkan lagi 50 riyal kepada beliau tanpa mengharapkan ianya dikembalikan pun.
Sekali lagi, beliau mengatakan wang yg aku berikan itu masih tidak cukup! dan meminta utk aku menambahkannya lagi. Argh! Ini sudah lebih!!! Dgn rasa marah aku bertanya, berapa lagi yang dimahukan. Percaya atau tidak... pemuda tersebut memintaku utk menambah lagi 29 riyal!!! Mmg cukup-cukup baki wang yg aku telah niatkan utk bersedekah.
Subhanallah... aku tidak sedar keadaan itu!!! Aku memberitahu pemuda tersebut yg aku ingin bersedekah baki duit tersebut kepada org lain juga tp beliau tetap berkeras inginkan 29 riyal tersebut. Dgn rasa marah, aku berikan juga baki 29 riyal tersebut kepada beliau dan pastinya pemberian tersebut dilakukan tanpa rasa ikhlas di hati :( org tgh marah katakan....
Sekembalinya aku dr telaga Zam-zam... aku melihat p'puan tua masih ada tersandar di tembok tangga tanpa langsung nampak kelibat pemuda tersebut. Hati aku menjadi semakin marah.
Selesai solat Zohor, aku terfikirkan sesuatu... mungkinkah pemuda td adalah "sesuatu" yg didatangkan ALLAH untuk menguji keikhlasanku??? kerana mana mungkin beliau mengetahui jumlah tepat... 129 riyal baki wang derma yg aku risaukan sejak semalamnya???
Astarghfirullah... aku tewas pada ujian yang sekecil itu... aku bertaubat YA ALLAH !!! Kalaulah masa dapat diputarkan kembali....
* Hanya sekadar berkongsi pengalaman dan tiada niat yg terselindung disebaliknya... Insyallah.

