Wednesday, December 31, 2008

Salam Tahun Baru - 1430H/2009M

Alhamdulillah... sempena menyambut kedatangan tahun baru, ramai juga kawan-kawan mengirimkan ucapan melalui SMS dan diantaranya adalah :-

Fadhilah : Salam Maal Hijrah = penghijrahan sikap, peningkatan iman & menuju kesempurnaan beragama.

Azman Jan : Jadikan yg TEBAL itu IMAN, yg NIPIS itu LIDAH, yg TAJAM itu AKAL, yg LEMBUT itu HATI, yg RINGAN itu SOLAT, yg LUAS itu ILMU dan yg MANIS itu SENYUMAN. Salam Maal Hijrah.. Moga kita diberkatiNYA dan dirahmatiNYA.

Siti Aishah : Ya ALLAH, dgn muncul tahun baru ini engkau muliakan & sayangi penerima ucapan ini, berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkan dr fitnah, penganiayaan & penghinaan, suburkan enih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan. Makbulkan cita-citanya yg murni. Amin... Slmt Menyambut Maal Hijrah.

Linda : Slmt Tahun Baru Hijrah. Semoga dapat menempuh azam yg baru.

Harlina : Bila engkau memandang segalanya dr Tuhanmu yg menciptakan segalanya, yg menimpakan ujian, yg menjadikan sakit hatimu, yg membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damai hatimu. Masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya utk suatu yg sia-sia. Slmt Tahun Hijrah.

Yati : Ibni Mas'ud berkata "Perkara yg paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah". Semoga tahun ini akan menjadi lebih baik dr tahun lepas. Salam Maal Hijrah.

Rita : Salam Maal Hijrah 1430H...

Apapun, terima kasih atas doa semua dan mengambil kesempatan, Kman juga mengucapkan Salam Tahun Baru 1430H/2009M. Wishing u happy memories of the last year. Have a wonderful & great year ahead.

2 comments:

laily said...

Oja, aku rasa aku tak de sms ko salam maal hijrahlah. anyway semoga dengan ketibaan 1430 akan memberikan lebih keinsafan dan kekuatan dalam diri kerana hanya allah sahaja berkuasa menentukan segalanya.

Kamaruzaman Ibrahim said...

Rita... ko lupa eh ko sms aku. Ko tulis "Salam Maal Hijrah 1430. Lps ni aku tak kacau ko lg sbb dah mula sibuk.." Ish ish ish... Baru jer 36 wehhh. Ko kena makan kismis byk-byk lps ni.