Wednesday, August 4, 2010

Umrah 2010

Allahu Akbar! Setelah 10 tahun berlalu, Kman sekali lagi berpeluang melakukan umrah/ziarah ke bumi suci Madinah & Mekah pada 25 Jun ~ 07 July 10 lalu, di mana kali ini Kman pergi dengan membawa Emak (Hjh Jamilah Mohd Yusof) & Abah (Hj Ibrahim Abdullah) bersama menggunakan pakej dari agensi Muhammadiyah Travel.

Alhamdulillah! Segala urusan telah dipermudahkan ALLAH walaupun dalam keadaan Emak & Abah yang tidak berapa sihat. Syukur di atas segala kurniaanNYA
.

Subhanallah! Telah banyak perubahan/penambahbaikan berbanding ziarah Kman yang terdahulu yang pastinya bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada para tetamu ALLAH.

Insyallah! Doa Kman agar ALLAH akan terus "memanggil" Kman untuk kembali ke bumi suci ini lagi. Amin !

Tuesday, June 22, 2010

MPC Innorace 2010 - Zon Selatan

Sabtu - 12 Jun 10.. Kman & geng, Azimin, Zalina, Suhaila & Amalina yang menggelar diri kami "Kakushin" telah menyertai perlumbaan Innorace peringkat Zon Selatan anjuran MPC.

Keseluruhannya, sebanyak 142 kumpulan menyertai Innorace Zon Selatan ini yang dibahagi kepada 3 kategori iaitu Awam, Swasta & Pelajar di mana "Kakushin" berada dalam kategori swasta
mewakili Panasonic System Networks Malaysia Sdn Bhd. dan yang menariknya, nombor pendaftaran bagi "Kakushin" adalah - 007 !!!

Bermula dari MPC yang bertempat di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, acara yang meliputi perjalanan sepanjang 4.2 km telah bermula jam 8.30 dan hanya 3 jam diberikan bagi melengkapkan 20 soalan tulip and 5 ujian minda yang hanya akan diberikan di setiap checkpoint.

Bagi tugasan uji minda di checkpoint 1, "Kakushin" perlu mereka Produk Innovatif menggunakan bahan yang disediakan iaitu kertas manila, kertas berwarna dan penyedut minuman di mana alat yang diberikan bagi membentuk produk tersebut hanyalah gunting, klip kertas dan pengetip sahaja.

Namun begitu, "Kaksuhin" berusaha menyiapkan
sebuah "Office Stationary Compartment" dalam masa 30 minit dan produk tersebut telah berjaya mendapat tempat ke-2 daripada 142 ciptaan :)

Alhamdulillah! Hasil kerjasama semua ahli kumpulan mengerah tenaga dan minda, akhirnya "Kakushin" berupaya menjawab penuh soalan-soalan tulip dan uji minda yang diberikan dan berjaya menamatkan acara dalam tempoh yang ditetapkan.

Momen yang paling mengujakan pastinya apabila "Kakushin" diumumkan sebagai JOHAN bagi kategori swasta dan seterusnya meraih hadiah RM1000
:)

Dengan kemenangan tersebut secara automatiknya "Kakushin" telah terpilih untuk menyertai Innorace Peringkat Kebangsaan yang akan dianjurkan pada bulan Oktober 2010 nanti.


Bukan Rezeki Kman...

Ahad - 23hb Mei 2010 lalu lebih kurang jam 11am, Kman telah kehilangan dompet yang hanya disedari ketika hendak hendak membuat pembayaran di kaunter Pasaraya One Stop, Pontian. Kalau ikutkan, selalunya Kman pasti gelabah, tapi tidak pula pada hari itu.

Setelah meninggalkan details pada Penyelia Pasaraya bertugas, Kman terus menuju ke Balai Polis Pontian untuk membuat laporan kehilangan antaranya kad pengenalan, lesen memandu, wang tunai, kad-kad bank, kad kredit, kad perubatan dan juga kad Pegawai Perlindungan Sinaran LPTA tetapi laporan lengkap hanya boleh dikeluarkan pada hari Isnin kerana Ahad hari cuti.

Pada Isnin esoknya, Kman telah mendapatkan laporan lengkap di Balai Polis Pontian pada jam 9.30am sebelum ke Pejabat Pendaftaran. Walaupun laporan Polis disertakan, Kman tetap didenda RM100 bagi menggantikan Kad Pengenalan baru atas alasan kecuaian :) Seronoknya, keseluruhan urusan Kman di Pejabat Pendaftaran hanya mengambil masa kurang dari 30 minit dan diberi Kad Pengenalan sementara.

Seterusnya Kman ke Jabatan Pengangkutan Jalan tetapi kali ini Kman tidak didenda pula dan lesen memandu Kman dapat disiapkan dalam tempoh kurang dari 15 minit termasuk urusan menunggu :)

Setelah itu, Kman menuju ke Maybank pula bagi membuat kad ATM baru. Di sini, Kad Pengenalan Sementara, Lesen Memandu dan Laporan Polis tidak dapat membantu sebaliknya Pasport diperlukan sebagai bukti pengenalan diri selain buku bank. Caj RM12 dikenakan bagi menggantikan kad ATM yang baru dan keseluruhan masa dihabiskan di sini melebihi 1 jam :(

Selesai di Maybank, Kman ke RHB pula tapi amat mengecewakan kerana segala dokumen yang ada tidak diterima pakai langsung kerana polisi mereka tetap memerlukan My Kad bagi membuat Kad ATM yang baru. Huh!!! Tersangatlah hampa kerana RHB adalah bank utama Kman. Memang terasa sedih sangat sebab Kman tak dapat nak mengeluarkan wang bagi kegunaan harian... ditambah dengan cara pegawai yang melayan juga sangat sangat sangat tidak mesra pelanggan langsung!!! Sudahlah kecurian/kesusahan... nak mengeluarkan wang sendiri pun tak dapat. Arhghhhh!!!

Namun, mujur akaun di Maybank ada bagi menampung perbelanjaan harian Kman :) dan bertitik tolak dari kejadian ini, Kman bertekad untuk mengalihkan simpanan utama kepada Maybank pula.

Tetapi apa yang menariknya disebalik kejadian ini, Kman sangat berpuas hati semasa berurusan di Jabatan Kerajaan yang kini semakin pantas dan tidak terlalu banyak kerenahnya disamping petugas yang mesra pelanggan. Ini kerana
Kman telah dinasihati supaya bersabar dan berhati-hati setiap kali selesai urusan di kedua-dua Jabatan Kerajaan tersebut. Jadi, pastinya hati yang susah akan jadi senang bila dilayan dengan baik :)

Ermmm.. berbalik pada kehilangan dompet tu, Kman redha :) Insyallah, Allah akan beri Kman rezeki yang lebih baik. Aminnn!!!


Wednesday, May 12, 2010

Soalan-soalan 8th PSNM Treasure Hunt

Kali ini Kman ingin kongsikan soalan-soalan yang Kman sediakan untuk acara Pencarian Harta Karun PSNM kali ke-8 yang telah berlangsung pada 10-11 April 2010 ke Shah's Beach Resort, Melaka.

Soalan Tulip :-

1- Menghubungkan antara langit dengan bumi.
Jawapan : Sky World Communication

2- Alat-tulis negara minyak.
Jawapan : PENNZOIL Lubricant @ JH Auto Spare Trading

3- Initially, the father of AF2 principal was in this business.
Jawapan : MS Bridal Beauty Care

4- Tidak salah untuk merawat folikel anda di sini.
Jawapan : YES Unisex Hair Saloon

5- Pit satu yen US aktif riba tunggang langgang
Jawapan : Pusat Tuisyen Arif Bakti

6- Succes is guaranteed here.
Jawapan : Pusat Latihan Memandu BERJAYA

7- The fourth letter of Greek alphabet
Jawapan : DELTA Enterprise

8- Mungkin dia akan memotong dan memakan daging kamu.
Jawapan : Klinik Chew & Surgeri

9- Ada isteri Mawi di tengah padang kosong itu.
Jawapan : Restoran PEKING

10- Rambut merah hati disimpul siput
Jawapan : Red Earth Hair & Nails Design

11- Pendek kata, aku rosak? Di mana?
Jawapan : ING @ Pusat Wakil Insurans Tang Eet Lan

12- Sasha, Linda, Abby, Watie & Azza learnt to sing a Mandarin song here.
Jawapan : Pusat Bahasa ELITE

13- Ab accident LA TRAIN being repaired
Jawapan : Spa Nail Art

14- Here is KL, Labuan & Putrajaya territory
Jawapan : Kafe TRIZONE

15- Makan bergaya dibawah pohon rimbun
Jawapan : Yi-J Fashion & Cafe (Gambar Pokok)

16- Tengah dahaga bekas awal teh ringkas campuran Jamu Embah Tumilah.
Jawapan : JET Exhaust

17- Keliru dengan hubungan hangat yang intim itu
Jawapan : Hotlink

18- Saya melihat pasaran di hadapan cerah
Jawapan : I-View Marketing & Consultancy

19- Tunggang terbalik bila ikan yang berdosa itu disembur dengan warna biru.
Jawapan : Sin Lee Welding & Spray Works

20- Taubatlah aku sebelum tenggelam dengan pakaian menjolok mata
Jawapan : Pusat Fesyen SINKI

21- Punca kuasa dua empat
Jawapan : One Plus One Station

22- Bunyi seperti keluhan penuh bersatu sebelum seorang wanita didapati lelah.
Jawapan : Fulda Kelly Tires

23- Also known as Red Devil
Jawapan : AKAMU Sdn Bhd

24- Kata di belakang, ada haiwan peliharaan dihujung kereta.
Jawapan : Keai Perabut & Carpet SAID

25- Curahan dakwat di dalam mi.
Jawapan : Restoran MIN KEE

26- Clouds after the dizzy genie who was stayed behind the netball player.
Jawapan : Pusat Pakaian WANJIAWAN

27- Ingatkan di Australia saja ada, di Bukit Bintang pun ada juga rupanya.
Jawapan : Kangaroo @ Kedai Kasut BB

28- Kata serik TAK MAHU MASUK jel. Perbetulkanlah.
Jawapan : Jasa Elektrik Sdn Bhd

29- Ringkasnya, bila diputar berbunyi seperti sesuatu yang kosong telah dihebahkan
Jawapan : TM Advertising

30- You'll get a ring when you cut here
Jawapan : Chin Chin Unisex Saloon

Soalan Harta Karun (Perlu dibeli) :-

1- Sebahagian namanya bermaksud lelaki
Bakinya diundur berbunyi seperti bibik memesan Ice O Tea
7 perisa buah-buahan mewakili 7 warna pelangi
Enak dikunyah dan dipembalutnya tertulis chewy dragees
Jawapan : Gula MENTOS Rainbow


2- In the color of red it shall wear
If it's a can we will care
Partly a name of a drug it shall share
The rest may soun like an Australian bear
Jawapan : Coca-Cola

3- Sejenis snek dapat membantu anda menjadi gagah
Seberat 76g berbungkus dengan plastik merah
Dinamakan sempena binatang tertera pada logo Maybank
Diperkaya dengan Enermax, 6 mineral + 9 vitamin
Jawapan : Biskuat Tiger

4- The color of the sky is this disposable item with a handle
Karam Singh Walia definetely needs it in his bathroom mantle
How a fish breaths is a first syllable
A duo and the operator of the North South Expressway complete this parable
Jawapan : Gillette Blue II Plus (Disposable Shaver)

5- Gambar 2 orang bertepuk tangan + gambar kelapa + gambar lebah + gambar logo UN
Jawapan : High 5 Cocunut Bun

Wednesday, April 21, 2010

8th PSNM Treasure Hunt 2010

Kali terakhir Kelab Sukan & Rekreasi (SRC) menganjurkan aktiviti Treasure Hunt ialah pada 2004 kalau tak silap.. iaitu di Riveira Bay Resort Melaka.

Namun setelah hampir 6 tahun terhenti, alhamdulillah SRC telah berjaya menganjurkannya lagi pada 10~11 Apr 2010 yang lepas.. di mana lokasi kali ini berakhir di Shah's Beach Resort, Melaka yang terletak hanya bersebelahan dengan lokasi terdahulu yang kini dikenali pula sebagai Everly Resort.
Tepat jam 8.15am, kesemua 25 kereta yang menyertai aktiviti Treasure Hunt 2010 ini telah dilepaskan oleh Pengarah Urusan. Keseluruhan perjalanan adalah sejauh 225km melalui Senai - Kulai - Yong Peng - Ayer Keroh - Tanjung Kling berpandu kepada tulip yang diberikan dan masa yang ditetapkankan bagi melengkapkan kesemua soalan adalah selama 7 jam.


Oleh kerana ramai daripada peserta adalah merupakan kali pertama menyertai aktiviti sebegini dan merasa teruja untuk menjawab soalan2 yang diberikan menyebabkan mereka leka tentang masa tamat yang telah ditetapkan. Namun begitu, kesemua peserta telah sampai ke destinasi dengan selamat walaupun sedikit terlewat.


Sebagai memenuhi aktiviti sampingan, acara sukaneka telah diadakan selepas minum petang dan solat Asar seperti Boling Kelapa, Kapal Terbang Kertas, Bawa Belon Berisi Air, Keretapi Panjang, Cari Barang, Tarik Tali dll.


Jawapan bagi setiap soalan yang diberikan telah dibentang pada sebelah malam sewaktu makan malam/BBQ sambil diselang-selikan dengan nyanyian karaoke suka-suka serta stage games.


Seperti yg dijanjikan, setiap orang telah membawa pulang paling tidak, 2 hadiah yang antaranya merupakan cenderahati PANASONIC yang pastinya menarik!

Alhamdulillah.. segalanya berjalan dengan lancar dan mengikut seperti apa yang dirancang. Berbaloi rasanya dan hilang segala penat apabila maklum balas yang diterima juga sangat memuaskan dan mengalakkan. Insyallah sekiranya ada peruntukan, aktiviti Treasure Hunt ini akan diteruskan untuk tahun2 yang akan datang.


Uihhh... malasnya Kman

Allahu Akbar!!! Lamanya takde n3. Nak kata sibuk sgt.. tak juga. Ermmm... MALAS yg sebenarnya! ahaks :) Insyallah kali ni Kman nak cuba berazam untnk buat n3 at least once a month... ha ha ha. tetap dengan statement yg MALAS jugak.