Wednesday, April 21, 2010

8th PSNM Treasure Hunt 2010

Kali terakhir Kelab Sukan & Rekreasi (SRC) menganjurkan aktiviti Treasure Hunt ialah pada 2004 kalau tak silap.. iaitu di Riveira Bay Resort Melaka.

Namun setelah hampir 6 tahun terhenti, alhamdulillah SRC telah berjaya menganjurkannya lagi pada 10~11 Apr 2010 yang lepas.. di mana lokasi kali ini berakhir di Shah's Beach Resort, Melaka yang terletak hanya bersebelahan dengan lokasi terdahulu yang kini dikenali pula sebagai Everly Resort.
Tepat jam 8.15am, kesemua 25 kereta yang menyertai aktiviti Treasure Hunt 2010 ini telah dilepaskan oleh Pengarah Urusan. Keseluruhan perjalanan adalah sejauh 225km melalui Senai - Kulai - Yong Peng - Ayer Keroh - Tanjung Kling berpandu kepada tulip yang diberikan dan masa yang ditetapkankan bagi melengkapkan kesemua soalan adalah selama 7 jam.


Oleh kerana ramai daripada peserta adalah merupakan kali pertama menyertai aktiviti sebegini dan merasa teruja untuk menjawab soalan2 yang diberikan menyebabkan mereka leka tentang masa tamat yang telah ditetapkan. Namun begitu, kesemua peserta telah sampai ke destinasi dengan selamat walaupun sedikit terlewat.


Sebagai memenuhi aktiviti sampingan, acara sukaneka telah diadakan selepas minum petang dan solat Asar seperti Boling Kelapa, Kapal Terbang Kertas, Bawa Belon Berisi Air, Keretapi Panjang, Cari Barang, Tarik Tali dll.


Jawapan bagi setiap soalan yang diberikan telah dibentang pada sebelah malam sewaktu makan malam/BBQ sambil diselang-selikan dengan nyanyian karaoke suka-suka serta stage games.


Seperti yg dijanjikan, setiap orang telah membawa pulang paling tidak, 2 hadiah yang antaranya merupakan cenderahati PANASONIC yang pastinya menarik!

Alhamdulillah.. segalanya berjalan dengan lancar dan mengikut seperti apa yang dirancang. Berbaloi rasanya dan hilang segala penat apabila maklum balas yang diterima juga sangat memuaskan dan mengalakkan. Insyallah sekiranya ada peruntukan, aktiviti Treasure Hunt ini akan diteruskan untuk tahun2 yang akan datang.


1 comment:

laily said...

la idup lagi blog ko ni. aku ingat dah berkubu maklumlah wall fb ko cam tu kan.he he. amboi cm seronok je aku tengok treasure hunt tu. boleh join ke