Saturday, July 12, 2008

Mencari Cinta...

Dusyummm!!! Kau... terkena aku satu das bila membaca emel yg dihantar geng aku yg mmg cukup prihatin dgn kehidupan aku... korang bacalah :-

Suatu pagi yg dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar : Guru, apakah erti CINTA dan bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?

Guru : Ada sebuah ladang gandum yg luas di dpn sana. Berjalanlah dan jgn sesekali kamu berundur. Kemudian, ambillah satu tangkai sekiranya kamu mendapati tangkai gandum tersebut sgt menakjubkan... ertinya kamu telah menemui CINTA.

Lalu, pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama kemudian, dia kembali dgn tangan kosong.

Guru bertanya : Mangapa kamu tidak membawa sebatang tangkai pun?

Pelajar menjawab : Saya hanya dibenar memilih satu tangkai gandum sahaja dan sewaktu berjalan, saya tidak dibenarkan mengundur semula. Sebenarnya, saya telah menemui satu tangkai gandum yg amat menakjubkan tapi saya mengharapkan tangkai gandum yg lebih menakjubkan di depan sana. Maka, saya hanya biarkan tangkai gandum tersebut dan terus berjalan ke depan. Namun, saya tidak menjumpai tangkai gandum yg lebih menakjubkan drpd tangkai gandum yg saya tinggalkan tadi. Akhirnya, saya tidak mengambil sebatang tangkai gandum pun.

Guru menjawab : Ya.. itulah CINTA.

Di hari lainnya pula, pelajar tersebut bertanya kepada gurunya... apa itu PERKAHWINAN.

Guru : Ada kebun yg subur didepan sana dan berjalanlah kamu tanpa sesekali mengundur ke belakang. Tebanglah sepohon pokok saja jika kamu merasakan pokok tersebut adalah yg paling cantik, segar dan tinggi... ertinya kamu telah menemukan apa itu PERKAHWINAN.

Lalu pelajar tersebut pun berjalan. Namun tidak berapa lama kemudian, dia datang semula dgn sepohon pokok... walaupun pokok tersebut tidaklah kelihatan sgt cantik, segar atau tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka guru pun bertanya : Mengapa kamu menebang pokok yang sebegini?

Pelajar itu menjawab : Kerana... berdasarkan pengalaman sebelum ini, saya cuma berjalan separuh saja drpd kebun tersebut dan saya takut akan pulang dgn tangan kosong lg. Jadi, saya mengambil keputusan menebang pokok ini dan bawa ke sini. Pd pandangan saya, ianya adalah pokok yg terbaik buat saya dan tidak mahu kehilangannya lg atau menyesal kerana tidak memilihnya.

Maka guru itu menjawab : Itulah PERKAHWINAN!

Kesimpulannya, jgn terlalu memilih. Tiada yg sempurna di dunia ini...

Ahaks! Redha jer la...

4 comments:

laily said...

hmm, kalau kau pulak aku cadangkan amik pokok yang ditebang buat kayu api pastu gandum buat roti. ahaks

Sori aku pun tak tau ape nak tulis pasal cinta abstrak sangat,

Anonymous said...

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...

ewah..panjanglah pulak...

kata2 tu aku dapat dr blog isuhangat...aku nih tak pandai nak berfalsafah atau bermadah.
Cinta tu bagi setiap org berbeza maknanya...kalau rajin gilah ke Blog "Tentang Cinta"...Macam2 ader pasal cinta...

Anonymous said...

Oja...

Kau dah ada blog rupanya :)

Maaflah aku terlambat dtg ziarah. Aku nie tenggelam timbul dlm alam maya nie.

Cinta yg paling utuh...yg hakiki...hanyalah pd yg SATU. Cinta makhluk adalah fana. Kecuali cinta sesama manusia yg berlandaskan iman & agama. Maka sang pencinta itu berkemungkinan akan bertemu lagi di syurga.

Cintalah seorang wanita itu bukan kerana paras rupanya, harta kekayaannya atau pangkat dan keluarganya. Kasihilah dia kerana agama & iman yg ada padanya.

Kau dah bersedia ke Oja? Insya Allah, tawakkal & minta Allah mudahkan. Aku yakin ada seseorang di luar itu utk kau.

-Huda-

Kamaruzaman Ibrahim said...

Ha ha ha Rita.. aku pun bukannnya reti sgt bab cintan cintun ni. Main copy & paste jer.

Fuyoo Fiza la ni dah pandai jiwang sehh.. tahniah !!!

Thanks Huda atas advice ko tu. Insyallah.. adalah rezeki aku nnt mudah-mudahan.

Last week aku sempat beli buku "Ayat-ayat Cinta & Di atas sejadah Cinta" karya Habiburrahman dan "Di bawah Naungan Cinta" karya Ibnu Hazm El Andalusy kat Kinokuniya KLCC. Promise utk share dgn korang once aku abis baca. Insyallah :)