Wednesday, July 23, 2008

Kman Di Uji...




Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku pada Kman ketika menunaikan ibadah Umrah/Ziarah yang tidak pernah Kman kongsikan dengan sesiapa selain kedua ibu bapa Kman sendiri.

Diringkaskan sewaktu di sana, Kman telah berniat untuk bersedekah wang sebanyak 300 riyal kepada yang memerlukan. Kebiasaannya, Kman akan bersedekah setiap kali pulang solat dari Masjid.

Begitu juga ketika melakukan ziarah ke tempat-tempat bersejarah terutama di sepanjang tangga menuju ke Jabal Rahmah di mana terdapat ramai peminta sedekah yang kudung kedua belah tangan serta kaki juga. Tidak pasti samada ianya sejak lahir ataupun kesan dr hukuman yang diterima.




Dipendekkan cerita, tinggal 3 hari lagi sebelum Kman pulang ke Malaysia... wang sedekahku masih berbaki 129 riyal. Kman mula risau dan mula berkira-kira untuk membeli kitab Al-Quran menggunakan wang sedekah tersebut untuk diletakkan di Masjidil Haram.

Sementara menunggu waktu Zohor, Kman ke telaga Zam-zam tetapi ketika hampir tiba di tangga menuju telaga Zam-zam... Kman telah ditegur oleh seorang pemuda.. kacak, tinggi dan berwajah bersih yang menurut katanya berasal dari Turkmenistan???


Beliau meminta pertolongan Kman untuk meminjamkannya duit bagi menghantar ibunya mendapatkan rawatan di hospital. (sambil menunjukkan seorang p'puan tua yang duduk tersandar ditembok tangga). Dengan rasa ikhlas hati, Kman menghulurkan kepada pemuda tersebut sebanya 50 riyal.


Tetapi beliau masih lagi meminta sambil berjanji (dgn menunjukkan pintu kaabah yang berkedudukan selari sementelah di bulan Ramadhan) untuk memulangkan wang yang dipinjam itu dlm tempoh 40 hari. OK la, Kman menghulurkan lagi 50 riyal kepada beliau tanpa mengharapkan ianya dikembalikan pun.


Sekali lagi, beliau mengatakan wang yang Kman berikan itu masih tidak cukup! dan meminta untuk Kman menambahkannya lagi. Argh! Ini sudah lebih!!! Dengan rasa marah Kman bertanya, berapa lagi yang dimahukan. Percaya atau tidak... pemuda tersebut meminta Kman utk menambah lagi 29 riyal!!! Memang cukup-cukup baki wang yang Kman telah niatkan utk bersedekah.


Subhanallah... Kman tidak sedar keadaan itu!!! Kman memberitahu pemuda tersebut yang Kman ingin bersedekah baki duit tersebut kepada orang lain juga tetapi beliau tetap berkeras inginkan 29 riyal tersebut. Dengan rasa marah, Kman berikan juga baki 29 riyal tersebut kepada beliau dan pastinya pemberian tersebut dilakukan tanpa rasa ikhlas di hati :( org tgh marah katakan....

Sekembalinya Kman dr telaga Zam-zam... Kman melihat p'puan tua masih ada tersandar di tembok tangga tanpa langsung nampak kelibat pemuda tersebut. Hati Kman menjadi semakin marah.


Selesai solat Zohor, Kman terfikirkan sesuatu... mungkinkah pemuda tadi adalah "sesuatu" yang didatangkan ALLAH untuk menguji keikhlasan Kman??? kerana mana mungkin beliau mengetahui jumlah tepat... 129 riyal baki wang derma yang Kman risaukan sejak semalamnya???


Astarghfirullah... Kman tewas pada ujian yang sekecil itu... Kman bertaubat YA ALLAH !!! Kalaulah masa dapat diputarkan kembali....


4 comments:

mohad said...

salam... apa khabar...

Anonymous said...

Oja,

Aku rasa kau takdela tewas masa ujian tu. Walaupun pd masa tu kau mmg rasa tak ikhlas atas pemberian kau tu...tapi sekrg bila kau teringat2 semula peristiwa tu, kau niatkanlah balik keikhlasan kau. Lagipun mmg asalnya pun kau dah niat nak bagi duit tu sbg sedekah. Cuma kau tak puas hati aje pd si penerima sedekah tu. Eh, aku ada baca satu hadith yg lebih kurang mcm pengalaman kau nie. Tapi pnjg sikit lah...Aku cuba ringkaskan ok.

Ada seorg hamba ALlah, yg berniat nak beri sedekah. Pada malam hari, tanpa pengetahuan org ramai, dia telah beri sejumlah wang kpd seseorg. Esoknya, kecoh se kg mengatakan bahawa seorg pencuri tlh mendapat wang sedekah. Si Hamba Allah nie rasa kecewa jugak sbb duit sedekah dia tlh diterima oleh seorg pencuri.Mungkin wang sedekah dari dia mmg hanya layak utk org2 spt si pencuri itu saja. Dia pun istighfar, membersihkan hati dan berdoa supaya Allah beri memberi dia keredhaaan/keikhlasan atas sedekah itu.

Malam esoknya, dia niat utk bersedekah lagi. Kali nie, duit sedekah itu tlh diterima oleh seorg pelacur pulak. Hmmm, mmg kecewa si penderma itu. Malam esoknya, dia tekad utk bersedekah jugak. Kali nie, duit itu diterima oleh seorg yg kaya. Si Hamba ALlah nie mmg tak faham, kenapa niat dia utk bersedekah tidak berhasil. Duit2 sedekahnya tlh diterima oleh org2 yg tak sepatutnya(pd pandangan dirinya).

Oiii...pnjg pulak komen aku nie. Mcm buat blog sendiri pulak.

Sebenarnya ada hikmah di sebalik penerimaan sedekah2 itu. Nabi beri penjelasan...katanya, Si pencuri itu, telah berasa kesal kerana selama ini, dia mendapat rezki dgn mengambil hak2 org lain. APabila, dia terima sedekah itu, dia terharu & menyesal. Dia tekad utk mencari rezki yg halal. Begitu jugak si pelacur, selama ni dia merosakkan diri, melakukan yg haram utk pencarian rezki. Namun, bila ALlah beri dia rezki yg halal, dia terus bersyukur dan niat utk berhenti dr melacur. Si kaya pulak telah berasa malu teramat sgt. Dia yg punya harta melebihi dr org lain tidak pernah sedikit pun bersedekah. Allah masukkan dlm hati dia kesedaran & keinginan utk gunakan harta & beri pd yg berhak.

Mcm tu le serba sedikit hadis yg aku baca. Aku syorkan kau dan kawan2 lain beli buku Muntakhab Al-hadith. Banyak hadis2 yg boleh kita baca & renung2kan. Buku nie takle seabstrak atau seilmiah Hadith2 bukhary dsb. Sesuai le utk org2 awam spt kita.

-Huda-

laily said...

Oja,
aku pun setuju ngan huda, sebab ko memang dah niat nak sedekah cuma orang yg menerima tu tak memuaskan hati. Allah lebih mengetahui

Kamaruzaman Ibrahim said...

Ijad,
Salamun Alaik.. Alhamdulillah sihat. Thanks sudi jenguk :)

Huda & Rita,
Insyallah.. aku dah pun niatkan keikhlasan aku tp rasa menyesal ttp ada :( Arghhhhhh

Takpe.. seronok baca kisah yg hang ceritakan tu. At least dpt gak pengajaran.