Wednesday, July 30, 2008

Audit


Alhamdulillah!!! Tugas sampingan sbg auditor memberi Kman peluang untuk pergi ke tempat orang. Kata org... sambil menyelam, minum air dan selalunya Kman akan mengambil peluang pada hari terakhir untuk pergi meronda kawasan berdekatan.



Masalah yang kerap dihadapi ketika audit apabila auditee kurang bersedia dan tidak memahami "requirement" dengan jelas walaupun "checklist" telah diberikan lebih awal untuk mereka melakukan "self audit", tapi tidak semua... sebab "multi-national company" selalunya memang agak "well prepared" menjadikan proses audit berjalan lancar.

Kebiasaannya untuk audit di negara luar, Kman akan memberitahu seminggu lebih awal berkenaan keperluan Kman untuk mereka membuat persediaan terutama tentang makan & tempat solat dan pastinya keperluan itu akan dipenuhi. Tetapi, kerap kali juga berlaku salah faham terutama bab makan yg mana aku memang cukup cerewet tentang isi kandungnya... erkkkk !!!




Dalam tempoh audit, pastinya tata-tertib perilaku seorang auditor perlu dijaga antaranya tidak dibenarkan untuk menerima sebarang bentuk "hadiah". Malah kalau diikutkan, Kman juga tidak boleh keluar bersama auditee setelah kerja audit tamat tetapi sudah menjadi lumrah untuk mereka merai kita dengan jamuan makan malam sebagai tanda terima kasih kot.

Yang paling dielakkan, kekadang "entertainment" yang diberikan agak melampau. Pernah beberapa kali Kman dihadapkan dengan barisan "pelayan wanita" yang bukan calang rupa untuk dipilih sebagai "teman sosial"... bayangkan orang bujang diuja dgn keseronokan sebegitu.... arghhh !!! tapi Alhamdulillah kerana seringkali saja Kman diselamatkan ALLAH. Mungkin naluri seorang ibu yang akan menelefon Kman disaat genting tersebut yang memungkinkan Kman untuk terus hanyut... selalunya mak akan menutup perbualan dgn pesan "... jangan lupa solat dan kawal diri baik baik. Kesian kat mak, buat ibadat siang & malam nak masuk syurga... tapi kalau anak mak buat benda tak elok... Allah tarikkkk balik..." Fuhhh!!! Tak sampai hati tuu.

Insya'allah.. moga ALLAH sentiasa memelihara Kman dan semestinya Kman juga akan sentiasa mendoakan balasan syurga utk kedua ibubapa Kman... amin !!


4 comments:

Anonymous said...

hmmm...
boleh guna ayat tu kat anak aku nanti...

laily said...

semoga kita semua sentiasa dilindungi, amin insyaallah

Kamaruzaman Ibrahim said...

Yup!!! Aku percaya didikan yg baik bermula dari rumah. Tanamkan sikap kasih sayang kepada ibu bapa dan keluarga. Anak-anak juga paling tidak perlu didedahkan dgn asas-asas agama, ttg dosa dan pahala serta balasan syurga dan neraka... Insyallah !!!

Anonymous said...

Taatkan ibu adalah haknya.
Bertuah ler Mak Uteh nyer dapat anak camni. :)

Minta perlindungan dari Allah pun kene sesuai dgn amalan kita. Allah boleh tarik 'NUR' yg diberi sekelip mata jika kita x memeliharanya. Moga dijauhkan dari segala yang memudaratkan. Amin