Tuesday, August 5, 2008

Ayat-Ayat Cinta

Teruja dgn ulasan Huda ttg novel "Ayat-Ayat Cinta" karya Habiburrahman El Shirazy, Kman berpeluang mendapatkannya ketika berkunjung ke Kinokuniya KLCC. Tp bukan tajuk itu sahaja sbb Kman juga membeli novel "Di Atas Sejadah Cinta" karya penulis yg sama.

Meyulusuri kisah yg diterajui Fahri Abdullah Shiddiq ini, secara tidak langsung membawa Kman ke dalam situasinya, antaranya... mengajar utk melalui perhubungan yang sopan bersama pasangan, mendidik bagaimana menghormati perasaan sesama insan serta tetap teguh berpegang pada kebenaran.

Ungkapan yg digunakan juga cukup indah, disertai terjemahan ayat-ayat suci Al-Quran serta hadis-hadis sahih yang memang langsung berkaitan dgn cerita yg disampaikan disamping mampu mengolahkan latar negara Timur Tengah dgn begitu hidup hingga boleh digambarkan dlm pemikiran.

Ops !!! Kalau sebelum ini kita mengucapkan "Semoga Berbahagia Ke Anak Cucu" kepada pasangan pengantin baru, tetapi drpd pembacaan novel ini juga... Kman memperolehi doa sepertimana yg diajarkan oleh Rasulullah saw... "Semoga berkah ALLAH tetap untukmu, dan semoga berkah ALLAH tetap ke atasmu dan semoga ALLAH mengumpulkan kalian berdua dlm kebaikan". (Hadith diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi, Abu Daud dan Ahmad)

Alhamdulillah!! Satu perkara yang pasti.. Orang yang baik selalu disertai ALLAH.



4 comments:

Anonymous said...

hmmm teruja juga nak baca nih...hari tu dlm blog huda pun ader terangkan...

mesti cari novel tuh..

IZZO said...

Karya ini sangat-sangat bagus.
Saya telah membaca novelnya dan juga menonton filem ini 2 kali di panggung.

Kamaruzaman Ibrahim said...

Fiza,

Mmg bagus cerita ni.. x meleweh. Aku beli version yg telah dialihbahasa. So, dpt la aku keseluruhan ceritanya.

Izzo,

Yup! Mmg baguskan.. Filemnya sy x sempat tgk sbb dah lama x masuk panggung pun. La ni tgh dok tunggu VCD/DVD nya.

nadia said...

bgus sgt2 novel ayat2 cinta ni. tp bg sy novel lg best dr filem. kt filem tu ada dtukar sket n dtambh. baca novel lg feeling.sy baca dlm versi indonesia.

newey, thanx brother kman tuk komen kt blog sy. actualy sy bru je buat blog tu as part of my assigmnt. i will update it soon.