Tuesday, June 22, 2010

MPC Innorace 2010 - Zon Selatan

Sabtu - 12 Jun 10.. Kman & geng, Azimin, Zalina, Suhaila & Amalina yang menggelar diri kami "Kakushin" telah menyertai perlumbaan Innorace peringkat Zon Selatan anjuran MPC.

Keseluruhannya, sebanyak 142 kumpulan menyertai Innorace Zon Selatan ini yang dibahagi kepada 3 kategori iaitu Awam, Swasta & Pelajar di mana "Kakushin" berada dalam kategori swasta
mewakili Panasonic System Networks Malaysia Sdn Bhd. dan yang menariknya, nombor pendaftaran bagi "Kakushin" adalah - 007 !!!

Bermula dari MPC yang bertempat di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, acara yang meliputi perjalanan sepanjang 4.2 km telah bermula jam 8.30 dan hanya 3 jam diberikan bagi melengkapkan 20 soalan tulip and 5 ujian minda yang hanya akan diberikan di setiap checkpoint.

Bagi tugasan uji minda di checkpoint 1, "Kakushin" perlu mereka Produk Innovatif menggunakan bahan yang disediakan iaitu kertas manila, kertas berwarna dan penyedut minuman di mana alat yang diberikan bagi membentuk produk tersebut hanyalah gunting, klip kertas dan pengetip sahaja.

Namun begitu, "Kaksuhin" berusaha menyiapkan
sebuah "Office Stationary Compartment" dalam masa 30 minit dan produk tersebut telah berjaya mendapat tempat ke-2 daripada 142 ciptaan :)

Alhamdulillah! Hasil kerjasama semua ahli kumpulan mengerah tenaga dan minda, akhirnya "Kakushin" berupaya menjawab penuh soalan-soalan tulip dan uji minda yang diberikan dan berjaya menamatkan acara dalam tempoh yang ditetapkan.

Momen yang paling mengujakan pastinya apabila "Kakushin" diumumkan sebagai JOHAN bagi kategori swasta dan seterusnya meraih hadiah RM1000
:)

Dengan kemenangan tersebut secara automatiknya "Kakushin" telah terpilih untuk menyertai Innorace Peringkat Kebangsaan yang akan dianjurkan pada bulan Oktober 2010 nanti.


Bukan Rezeki Kman...

Ahad - 23hb Mei 2010 lalu lebih kurang jam 11am, Kman telah kehilangan dompet yang hanya disedari ketika hendak hendak membuat pembayaran di kaunter Pasaraya One Stop, Pontian. Kalau ikutkan, selalunya Kman pasti gelabah, tapi tidak pula pada hari itu.

Setelah meninggalkan details pada Penyelia Pasaraya bertugas, Kman terus menuju ke Balai Polis Pontian untuk membuat laporan kehilangan antaranya kad pengenalan, lesen memandu, wang tunai, kad-kad bank, kad kredit, kad perubatan dan juga kad Pegawai Perlindungan Sinaran LPTA tetapi laporan lengkap hanya boleh dikeluarkan pada hari Isnin kerana Ahad hari cuti.

Pada Isnin esoknya, Kman telah mendapatkan laporan lengkap di Balai Polis Pontian pada jam 9.30am sebelum ke Pejabat Pendaftaran. Walaupun laporan Polis disertakan, Kman tetap didenda RM100 bagi menggantikan Kad Pengenalan baru atas alasan kecuaian :) Seronoknya, keseluruhan urusan Kman di Pejabat Pendaftaran hanya mengambil masa kurang dari 30 minit dan diberi Kad Pengenalan sementara.

Seterusnya Kman ke Jabatan Pengangkutan Jalan tetapi kali ini Kman tidak didenda pula dan lesen memandu Kman dapat disiapkan dalam tempoh kurang dari 15 minit termasuk urusan menunggu :)

Setelah itu, Kman menuju ke Maybank pula bagi membuat kad ATM baru. Di sini, Kad Pengenalan Sementara, Lesen Memandu dan Laporan Polis tidak dapat membantu sebaliknya Pasport diperlukan sebagai bukti pengenalan diri selain buku bank. Caj RM12 dikenakan bagi menggantikan kad ATM yang baru dan keseluruhan masa dihabiskan di sini melebihi 1 jam :(

Selesai di Maybank, Kman ke RHB pula tapi amat mengecewakan kerana segala dokumen yang ada tidak diterima pakai langsung kerana polisi mereka tetap memerlukan My Kad bagi membuat Kad ATM yang baru. Huh!!! Tersangatlah hampa kerana RHB adalah bank utama Kman. Memang terasa sedih sangat sebab Kman tak dapat nak mengeluarkan wang bagi kegunaan harian... ditambah dengan cara pegawai yang melayan juga sangat sangat sangat tidak mesra pelanggan langsung!!! Sudahlah kecurian/kesusahan... nak mengeluarkan wang sendiri pun tak dapat. Arhghhhh!!!

Namun, mujur akaun di Maybank ada bagi menampung perbelanjaan harian Kman :) dan bertitik tolak dari kejadian ini, Kman bertekad untuk mengalihkan simpanan utama kepada Maybank pula.

Tetapi apa yang menariknya disebalik kejadian ini, Kman sangat berpuas hati semasa berurusan di Jabatan Kerajaan yang kini semakin pantas dan tidak terlalu banyak kerenahnya disamping petugas yang mesra pelanggan. Ini kerana
Kman telah dinasihati supaya bersabar dan berhati-hati setiap kali selesai urusan di kedua-dua Jabatan Kerajaan tersebut. Jadi, pastinya hati yang susah akan jadi senang bila dilayan dengan baik :)

Ermmm.. berbalik pada kehilangan dompet tu, Kman redha :) Insyallah, Allah akan beri Kman rezeki yang lebih baik. Aminnn!!!